Slip Gaji, Pembayaran gaji 31 Januari 2012 SBPA

By fiziesss
On January 28, 2012 At 9:22 am

Category : Berita
Tags : , , , ,

Responses : No Comments

SBPA

Menurut kenyataan sebelum ini, pembayaran atau slip gaji akan dibuat pembayarannya kali kedua pada 31 Januari 2012 dibawah skim SBPA.

Maklumat siaran pembayaran tersebut boleh dirujuk melalui info sebelum ini, Pembayaran Gaji 2 kali Januari 2012 SBPA Kakitangan Awam. Namun demikian, hasil dari masalah kajian semula SBPA, pembayaran dan huraian SBPA tersebut telah ditunda sehingga bulan april atau mei 2012 ini. Oleh demikian, pembayaran lebihan mengikut SBPA juga ditangguhkan.

Menurut kenyataan untuk siaran media dari Kementerian Kewangan Malaysia, hasil dari keputusan Jemah Menteri bertarikh 11 Januari 2012 supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula, Kerajaan telah memutuskan pembayaran gaji di bawah SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula ini dimuktamadkan.

Pembayaran Gaji 31 Januari 2012

Untuk pembayaran lebihan gaji 31 Januari adalah tidak dapat dilaksanakan, tetapi ditangguh:

Bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA, pembayaran baki perbezaan gaji bagi bulan Januari 2012 di bawah SBPA tidak dapat dilaksanakan pada 31 Januari 2012 sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media pada 9 Januari 2012. Pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA mulai Februari 2012 juga tidak dapat dilaksanakan dan akan  dibayar mengikut gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Keputusan ini juga berdasarkan permintaan CUEPACS.

Bila Pembayaran Gaji Mengikut SBPA dilaksanakan

Menurut siaran media tersebut, pembayaran gaji adalah setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan. Pembayaran pula adalah mengambilkira tarikh kuatkuasa SBPA pada 1 januari 2012

Untuk meneliti maklumat lanjut dan lebih terperinci sila rujuk siaran media Kementerian Kewangan.

Add your comment


*

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com